“Pasangan Yang Baik Bukan Mencari Seorang Yang Sempurna…” - Puteri Sarah Kongsi Quotes Hidup Bercinta
Perkongsian di Instagram Stories milik pelakon Puteri Sarah menarik perhatian selepas dia memuat naik satu petikan kata-kata (quotes) mengenai hidup berpasangan.
Pada quotes yang dikongsikan itu, ia menerangkan bahawa pasangan yang baik tidak perlu mencari seseorang yang sempurna untuk dirinya, melainkan bersedia mengisi kekurangan yang ada.
“Pasangan yang baik bukanlah mencari seseorang yang telah sempurna, melainkan mereka yang siap menerima bahagian daripada ketidaksempurnaan orang itu untuk kita isi dan lengkapi,” tulis quotes berkenaan.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut tidak dinyatakan Puteri Sarah kepada siapa ditujukannya.
Imbas kembali, ini bukan kali pertama isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof itu berkongsi quotes mengenai hidup berpasangan, apabila sebelum ini dia pernah melakukan perkara sama di laman sosial tersebut.
Terdahulu, konflik tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pengakuan Syamsul membuatkan topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.