Pasangan YouTuber popular Dubai, Anas dan Asala Marwah mencetus fenomena apabila menganjurkan sebuah parti mewah hanya untuk mengumumkan jantina anak mereka yang bakal lahir.

Mereka mendedahkan jantina anak kedua dengan memancarkan perkataan “It’s a boy!”, menggunakan cahaya lampu berwarna biru pada menara setinggi 828 meter itu.

Acara yang menelan belanja sebanyak AS$95,000 (RM394,772) itu bukan sahaja membuatkan ahli keluarga dan para tetamu yang hadir berasa teruja, malah ia di turut mencuri perhatian masyarakat dunia selepas mendapat lebih 10 juta tontonan di laman YouTube.

عايلة انصالة شكرا لكم على حبكم!! شكرا لانكم جزء من حياتنا، قصتنا و كل شي نسويه! We love you! ITS A BOY? @emaardubai @burjkhalifa @mydubai @thedubaimall @namshi thank you for welcoming us here, being a part of our family, and most importantly this amazing surprise! Too much love❤️ #الحمدلله #thankyouEmaar #biggestbabyrevealever #anasalaBKReveal

A post shared by Anas Marwah | انس مروة (@anasmarwah) on


Menerusi video berdurasi 15 minit itu, Asala memberitahu, acara itu sangat bermakna buatnya berbanding hari perkahwinannya.

“Jantung saya berdegup kencang dan bagaikan ingin keluar dari dada. Ia adalah momen yang sangat mengujakan berbanding hari perkahwinan kami.

“Saya sentiasa cuba untuk memberikan kandungan yang tidak pernah diberikan oleh sesiapa di saluran (YouTube) kami,” ujar Asala ketika ditemubual di dalam video berkenaan.

Majlis berkenaan telah dirancang oleh pasangan itu secara rapi dalam tempoh sebulan setengah.

Pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan menimang cahaya mata sulung, Mila pada tahun 2018.


Sumber: Astro Awani