Viral

Pasar Raya Perjelas Salah Faham, Dakwaan Alas Kaki Gambar Kaabah Tak Benar - “Produk Itu Merupakan Sejadah Mini”

Mya Amri
13/04/2024
23:58 MYT
Produk tular yang disangka sebagai alas kaki tertera gambar Kaabah di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Johor merupakan sejadah mini.
Perkara itu disahkan pihak pasar raya AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) menerusi satu kenyataan rasmi di akaun Facebook pada Sabtu. Menjelaskan perkara itu, pihaknya berkata kekeliruan timbul berikutan barangan tersebut dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu.
“AEON BiG (M) Sdn Bhd ("AEON BiG") menyedari siaran media sosial berhubung kesalah fahaman berkaitan sejadah yang dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu.
“Kami telah dimaklumkan mengenai is ini pada 9 April 2024, dan telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan kenyataan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ),” jelas kenyataan itu.
Bagaimanapun, pihaknya memakkumkan sebaik menerima maklumat, deskripsi produk tersebut telah dibetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG sebagai sejadah.
“Pembekal yang terlibat, A&R Fashion Collection ("A&R"), merupakan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) milik 100% Bumiputera/Islam yang membekalkan pakaian Muslimah path syariah seperti jubah solat, tudung, kurta, sampin, songkok, serta produk lain seperti sejadah, permaidani dan tikar.
“Mereka telah ditubuhkan pada 2007 dan telah menjadi pembekal kami sejak 2015. A&R juga merupakan pembekal kepada peruncit lain, serta mengendalikan kedai mereka sendiri.
“A&R telah mengesahkan bahawa produk berkenaan sememangnya merupakah sejadah mini, di mana coraknya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa.
“Walau bagaimanapun, selaras dengan amalan terbaik AEON BiG untuk pembekal PKS, A&R telah menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum in digunakan untuk produk-produk lain syarikat tersebut.
“Akibatnya, label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi lantas terus menyebabkan kekeliruan.
“Perkara ini telah diperbetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG dan deskripsi barangan tersebut sebagai "Sejadah" telah pun dicerminkan.
“Kedua-dua pihak pengurusan AEON BiG dan A& berharap bahawa kenyataan bersama in akan menjelaskan sebarang keraguan mengenai is ini.
“Kami berharap agar spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat kita yang berbilang kaum akan dihentikan.
“AEON BiG dan A&R akan terus bekerjasama dengan JAINJ dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut yang diperlukan,” makkumnya.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan JAINJ merampas 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Selasa lepas, susulan aduan orang awam.
Topic Berkaitan
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Apa Rasa Makan Kulit Durian Cicah Sambal Merah? Aksi Berselera Lelaki Ini Ditonton Lebih 4.5 Juta Kali!

gempak
03/07/2024
21:33 MYT
Lain macam brader ni makan kulit durian...
Hiburan

Nizam Jentik Jentik Saksi Kemalangan Maut, Menangis Sampaikan Berita Kematian - "Puan... Suami Puan Ada Dekat Dengan Saya"

gempak
03/07/2024
20:55 MYT
"Eh, suami saya mana? Saya rasa tidak sedap hati, itu yang tergerak hati nak telefon," demikian kata-kata pertama daripada wanita yang merupakan isteri kepada mangsa kemalangan maut berhampiran Kolej Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Hiburan

Wanita Mirip Nonny Nadirah Kongsi Video Botakkan Kepala, Tulis Kata-Kata Tentang 'Friend Zone'

gempak
03/07/2024
20:55 MYT
Selepas sekian lama mendiamkan diri, akaun Instagram milik penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah kembali 'hidup'.
Bollywood

Nawazuddin Siddiqui Dinilai Paling Hodoh, Tidak Layak Jadi Bintang Bollywood

gempak
03/07/2024
13:55 MYT
Nawazuddin Siddiqui dikenali sebagai aktor Hindi yang cukup berkaliber dengan lapan daripada filem lakonannya pernah ditayangkan di Festival Filem Cannes.
Viral

Pelancong Bertumbuk Rebut Pemandangan Terbaik Untuk Selfie Di Gunung Everest

gempak
03/07/2024
12:43 MYT
Dua pelancong China sanggup bertumbuk demi mendapatkan pemandangan terbaik Gunung Everest untuk berselfie.