Nama Henley Hii mungkin kedengaran asing dalam dunia hiburan Melayu tempatan.
Namun begitu, jejaka kacak ini membina nama dalam industri seni Cina tempatan.
Henley begitu dikenali sebagai seorang pelakon, penyanyi dan penulis lagu di kalangan peminatnya.
PASKAL The Movie merupakan percubaan pertama Henley berlakon dalam filem berbahasa Melayu.
"PASKAL The Movie menjadi percubaan pertama saya berlakon dalam karya berbahasa Melayu.
"Saya memang aktif dalam industri hiburan Cina tempatan. Saya berharap percubaan ini dapat menaikkan lagi nama saya dalam industri hiburan," katanya.
Tambah Henley, pengarah filem ini, Adrian Teh merupakan sahabat lamanya.
"Saya berkawan dengan Adrian dan pada suatu hari, dia menyuruh saya untuk mengosongkan jadual untuk berlakon dalam sebuah filem bercorak aksi.
"Saya sendiri tak tahu filem ini berkenaan dengan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia sehinggalah memasuki set penggambaran," katanya lagi.
Diadaptasikan dari kisah benar, PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Selain Henley, filem itu dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini yang bakal ditayangkan bermula 27 September ini!
Kamaruddin Razal
Fri Sep 14 2018
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.