"Password Saya Pun Dia Tahu" - Kepercayaan Kunci Kebahagiaan Aeril Zafrel & Wawa Zainal
Asraf Aided
25/03/2019 23:33 MYT
25/03/2019 23:33 MYT
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkongsi tips kebahagiaan bersama isterinya Wawa Zainal.
Menurut Aeril, kepercayaan terhadap satu sama lain merupakan perkara yang paling penting dalam sesebuah rumah tangga yang dibina.
"Untuk kekal bahagia, kita mesti terus percaya antara satu sama lain dan pada masa yang sama, kita tak perlu selindungkan apa-apa dari pasangan.
"Macam saya sendiri, tiada apa yang saya rahsiakan dari Wawa, password media sosial saya dan perkara-perkara lain pun dia tahu malah tolong uruskan.
"Saya harap agar Allah terus memberkati rumah tangga kami dan semuanya baik-baik sahaja," kata Aeril kepada Gempak.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.