Pelakon Ben Amir berkesempatan meluangkan masa dengan pelukis berbakat besar, Nur Fariza yang meraih perhatian dengan lukisan potret indahnya.

Menerusi laman sosial Instagram, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 29, berkongsi beberapa foto momen tersebut untuk tatapan umum.

“It was great meeting you and your family. Percaya tak ni potret pertama yang Fariza lukis? Dua minggu dia lukis harap tak bosan tengok muka Ben,” tulis Ben di ruangan kapsyen.

Turut sama meluangkan masa bersama keluarga Fariza, Ben dilihat cukup kagum dengan bakat lukisan potret yang dihasilkan.

Malah, Ben turut berharap pengikutnya boleh menjadikan kisah Fariza sebagai inspirasi untuk mencapai impian.

It was great meeting you and your family ! Percaya tak ni 1st portrait yang Fariza lukis? 2 minggu dia lukis harap tak bosan tengok muka Ben ? We can do amazing things when we put our mind to it. Harap usaha Fariza dapat beri inspirasi kepada kita semua. Definitely will hang on my wall ?

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

“Kita boleh buat perkara yang hebat bila kita fokus pada fikiran kita. Harap usaha Fariza dapat beri inspirasi kepada kita semua,” jelas Ben lagi.

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya turut memuji kecantikan lukisan potret tersebut.

Terdahulu, Fariza meraih perhatian aktor berbakat besar itu di laman Twitter apabila Ben memberikan respon positif terhadap lukisan tersebut.

Menerusi Twitter juga, Ben meminta nombor telefon Fariza dan menyatakan hasrat untuk membeli lukisan berkenaan kerana dia begitu menyukainya.