Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Salam Muslim

Pasti Ramai Wanita Tersenyum Selepas Baca Apa Yang Dikongsi Mizz Nina Ini

Ahmad Shah 11/02/2016 | 12:33 MYT
Bekas penyanyi Mizz Nina mengaku pernah terlupa untuk membuat Allah gembira melihatnya satu ketika dahulu.
Isteri kepada penyanyi Noh Salleh ini berkata, dahulu dia melakukan kesilapan kerana menyangka sepanjang kehidupan di dunia ini tugasnya hanya memenuhi kehendak semua orang.
“Saya ingat selama ini, sepanjang hidup di dunia ini tugas saya ialah untuk memenuhi kehendak semua orang dan perlu muncul dengan cara tertentu untuk gembirakan semua orang.
“Dan tak pernah terlintas untuk membuat Allah gembira melihat saya...tetapi sebuah Hadis telah memberikan ‘sesuatu’ kepada saya.
“Hadis tersebut mengingatkan saya kenapa kita perlu membuat kebaikan dan kebaikan itu akan membawa kita ke Jannah, Insya-Allah,” katanya.
Tambah Mizz Nina lagi, dia bertuah memiliki seorang suami yang sentiasa memberi sokongan dan membimbingnya ke arah kebaikan.
“Ia perasaan yang sangat istimewa mempunyai suami yang dapat membimbing saya. Subhanallah! Saya rasa ia suatu keberkatan.
“Ia juga suatu tanda buat saya untuk mencorakkan kehidupan saya seperti itu,” ujarnya menerusi program Hadith Open Mic yang bersiaran di Astro Oasis (saluran 106).
Selain itu Mizz Nina turut berkongsi tentang sebuah hadis yang dikongsikan oleh suaminya ketika mereka berada di Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah baru-baru ini.
“Hadis Riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau suka.”
“Ia sangat istimewa bila Noh kongsi dengan saya hadis tersebut sebab saya terima Whatsapp masa kami tengah solat Subuh di Masjid Nabawi,” ceritanya.
Hadith Open Mic ialah sebuah program yang menampilkan beberapa individu yang berkongsi mutiara kata dipetik daripada hadith.
Program ini juga disiarkan untuk memberi inspirasi kepada penonton supaya mempelajari hadis dengan cara yang mudah dan secara santai.
Hadith Open Mic bersiaran setiap Khamis selama setengah jam bermula 7.30 malam.
Klik di sini untuk menonton apa yang dikongsikan oleh Mizz Nina.
#Salam Muslim #Mizz Nina
;