Hiburan
“Pasti Ramai Yang Mengata… Saya Juga Rasa Sedih” – Tangan Cedera, Park Bo Young Terpaksa Berehat Panjang
Pelakon Korea, Park Bo Young terpaksa menghentikan aktiviti seninya buat sementara waktu selepas mengalami kecederaan tangan baru-baru ini.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Bo Young menerusi siaran langsung di platform digital V Live.
“Tangan saya cedera dah lama sebenarnya tetapi saya masih belum dapat merawatnya dengan betul.
“Akhirnya kini saya baru dapat peluang untuk merawat tangan ini sekarang. Mereka kata saya harus memakai pembalut (cast) dalam jangka masa enam bulan. Anda mungkin akan terserempak dengan saya di luar ketika saya tangan saya berbalut.
“Memandangkan kecederaan ini tidak boleh diambil mudah jadi saya akan mengambil cuti untuk berehat sehingga benar-benar pulih.
“Pasti ada ramai yang akan bercakap-cakap mengenai perkara ini memandangkan saya dalam tempoh berehat namun tiada apa yang saya boleh lakukan.
“Ia sangat sukar, saya juga rasa sedih. Saya pasti akan kembali dan melakukan banyak projek pada masa akan datang selepas saya kembali pulih.
“Saya tidak dapat memberitahu anda setiap satu perincian. Banyak yang saya ingin perkatakan tetapi saya mengambil keputusan untuk berdiam.
“Apabila saya sudah benar-benar sihat, saya pasti akan bertemu peminat kembali dan menyapa anda menerusi V Live sekali lagi. Saya hara panda semua jaga kesihatan dan janga sakit ya,” ujarnya.
Terdahulu, Park Bo Young baru sahaja membintangi drama Abyss baru-baru ini.
Sumber: Soompi
Must-Watch Video