Hiburan
“Pastikan Semak Akaun Bank Dulu Sebelum Nak Komen” - Ruhainies Beri Amaran Kepada Geng Bawang
Pelakon Ruhainies memberi peringatan kepada golongan netizen agar sentiasa berhati-hati sebelum berkongsi sebarang status atau komen di media sosial yang boleh mengundang fitnah.
Kata Ruhainies, jika kenyataan yang disebarkan didapati tidak benar, mereka mungkin bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.
"Ingatlah yang ini merupakan media sosial dan berita palsu tersebar lebih cepat berbanding berita yang benar…maka, berhati-hatilah.
“Kepada yang kuat membawang, yang suka cetus pergaduhan, yang suka buat fitnah, mulut jahat sebagainya, pastikan semak akaun bank dulu sebelum komen,” tulisnya di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ruhainies berkongsikan hal tersebut sebagai respons selepas melihat rakan seindustrinya, Rita Rudaini yang berdepan isu fitnah membabitkan dua pengguna laman sosial baru-baru ini.
"Baru tengok video permohonan maaf kat Rita Rudaini di Instagram. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata …..,” tulisnya yang kesal dengan sikap segelintir warganet.
Kelmarin, dua individu yang dikatakan mempertikai sah taraf anak-anak Rita, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tampil membuat permohonan maaf.
Ia susulan laporan polis yang dibuat bekas isteri pemain bola sepak Aidil Zafuan itu pada 21 Oktober lalu selepas mendapati komen yang ditinggalkan pengguna tersebut di Instagram dan Facebook disifatkan keterlaluan.