“Pastikan Video Full, Kan Dah Fitnah” - Didakwa Sentap Dengan Azzam Sham, Ramai Nasihat Farisha Iris Jadi Profesional

Mya Amri
Oktober 3, 2020 05:31 MYT
Bintang Big Stage, Farisha Iris meluahkan kekesalannya berhubung pemilihan ayat pertuturan finalis program berkenaan iaitu Azzam Sham sewaktu tampil menerusi program MeleTOP baru-baru ini.
Farisha menerusi laman Twitter miliknya secara ringkas memberi bayangan seolah-olah terasa dengan perbuatan itu melalui laman Twitter dengan kapsyen "Terima Kasih" beserta sedutan video daripada program itu.
Bagaimanapun lain pula impaknya apabila pengguna Twitter tidak sependapat dengan Farisha.
Menerusi beberapa ciapan di ruangan Twitter miliknya, rata-ratanya meminta Farisha bersikap lebih profesional memandangkan wanita itu merupakan seorang selebriti.

Soalan: Apa perasaan bila tiada bunga? Azzam: RAMAI ORG TANYA bila Farisha tersingkir kami semua tak nangis tapi bila abg Qody tersingkir kami menangis, dorang pelik. Kenapa nak terasa dengan Azzam sedangkan para netizen yang bertanya pada mereka ? pic.twitter.com/8moJ6iRz9y

— Tupai (@nibocoper) October 3, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Farisha bagaimanapun memberitahu dia tidak menyimpan dendam sebaliknya hanya berasa sedih kerana tidak menyangka ayat berkenaan keluar dari mulut sahabat Big Stage sendiri.

Yall can explain as much as you want. Because you never know how it feels. You are not here, in my place. You do not know how it feels. I don't hate him, he's my friend, I love the friendship so much, but it disappoints me.

— Farisha Iris (@Farisha_Iris) October 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Farisha mendakwa pemilihan ayat Azzam sewaktu program berlangsung didakwa tidak manis untuk diperkatakan secara umum.
Farisha Iris tersingkir pada minggu separuh akhir apabila mendapat markah terendah dan berada di tangga tiga terbawah bersama Qody Rany dan Dinie Rashid.
Pentas final Big Stage 2020 akan berlangsung pada Ahad malam dengan lima peserta lelaki akan berentap mendapatkan gelaran juara musim ini.
Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
#Big Stage 2020 #Farisha Iris #Azzam Shah