Berita

Pasukan Keselamatan Negara Bakal Ambil Tindakan Keras Terhadap Gerombolan Pelampau, Ganggu Keamanan

gempak
Gempak
21/05/2024
15:35 MYT
Sponsor Banner
Pasukan Keselamatan Negara Bakal Ambil Tindakan Keras Terhadap Gerombolan Pelampau, Ganggu Keamanan
Pasukan keselamatan negara akan mengambil tindakan keras terhadap gerombolan yang menggangu gugat kententeraman dan keamanan negara ini.

Insiden Keganasan Yang Berlaku

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan insiden keganasan yang turut meragut nyawa pasukan keselamatan dan tindakan gerombolan pelampau serta penghasut di negara ini.

“Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah kerana telah menikmati satu keadaan yang selesa dan membahagiakan. Namun, di beberapa minggu kebelakangan ini, negara dikejutkan beberapa insiden keganasan.

“Meragut nyawa pasukan keselamatan kita dan tindakan gerombolan pelampau dan penghasut. Justeru, saya beri jaminan telah adakah pertemuan dengan pasukan keselamatan.
“Kita akan bertindak keras terhadap gerombolan tersebut, insya-Allah keadaan bertambah tenang dan terkawal.
“Nampaknya ada usaha mengeruhkan suasana dalam keadaan negara aman dan ekonomi mula mencatat pertumbuhan memberangsangkan,” katanya.

BERITA TRENDING: PM Umum Kerajaan Laksana Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Sekitar RM4 Bilion

Anwar berkongsi perkara itu ketika memberi ucapan pada Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung pada malam Selasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live