Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pasukan Malaysia Muncul Juara Honor of Kings Invitational, Bawa Pulang RM 1.4 Juta

Gempak
11/07/2024 11:55 MYT
Kuasa besar e-sukan Honor of Kings, LGD Gaming Malaysia dinobatkan sebagai juara kejohanan Honor of Kings Invitational Musim 2 selepas menewaskan Team Secret pada peringkat akhir kejohanan tersebut.

LGD Gaming Malaysia membawa pulang bahagian terbesar daripada hadiah wang tunai terkumpul berjumlah USD$300,000 (RM 1.4 Juta) dan akan mara ke kejohanan Honor of Kings Invitational Midseason di Esports World Cup dari 1 hingga 4 Ogos depan.

Kata Pengarah Kanan Level Infinite Global Esports Center, James Yang, LGD Gaming Malaysia, bersama tujuh pasukan lain yang menduduki tempat tertinggi dalam Honor of Kings Invitational Musim 2 kini bersiap sedia untuk kejohanan Honor of Kings Invitational Midseason | Esports World Cup, di mana mereka akan bertempur untuk merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai bernilai USD$3 juta.

“Tahniah kepada LGD Gaming Malaysia atas kemenangan di kejohanan Honor of Kings
Invitational Musim 2.

“Kami tidak sabar untuk menyaksikan pasukan ini dan semua peserta kami di Honor
of Kings Midseason | Piala Dunia Esports pada bulan Ogos.

"Piala Dunia Esports bakal menjadi acara esukan terbesar yang pernah diadakan dan kami berbangga untuk membawa MOBA paling popular di dunia ke acara ini agar peminat kami di seluruh dunia dapat menikmati sambil menyokong pasukan kegemaran mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Lancar Kejohanan Di Asia Tenggara

Honor of Kings Invitational Musim 2 adalah kejohanan terbaru dalam kejohanan Honor of
Kings Global Invitational Series, litar esukan kejohanan Honor of Kings yang diumumkan
pada awal tahun ini, sehubungan dengan komitmen sebanyak US$15 juta daripada Honor of
Kings untuk mengembangkan ekosistem esukan antarabangsa Honor of Kings.

Honor of Kings juga akan melancarkan kejohanan Honor of Kings Asia Tenggara untuk
pasukan dari rantau ini sebagai sebahagian daripada komitmen jangka masa panjang untuk
mengembangkan ekosistem esports.

Tambahan itu, kejohanan Honor of Kings Open Series juga telah dilancarkan sebagai litar ‘true path-
to-pro’ di mana pemain boleh mempamerkan kemahiran mereka untuk merebut peluang
mencabar pasukan terbaik dunia. Pendaftaran untuk kejohanan Honor of Kings Open
Series Split 2 akan bermula dari 8 Julai hingga 19 Julai, dengan peringkat akhir serantau
ditetapkan pada bulan September.

Dalam pertarungan Best of 5 yang mendebarkan, LGD Gaming Malaysia bangkit daripada kekalahan 0-2 pada awal perlawanan, menyapu bersih tiga kemenangan berturut-turut untuk meraih kemenangan dengan mempamerkan kemahiran, dedikasi dan kerjasama berpasukan yang luar biasa.

Acara ini, yang dikuasakan oleh Piala Dunia Esports, dengan Lapakgaming sebagai Rakan Top Up Rasmi, telah menarik kehadiran penonton yang sangat ramai di Sunway Velocity Mall.

Menambah keterujaan pertarungan, Infinix, sebagai Telefon Permainan Rasmi, menyediakan model Infinix GT 20 Pro yang canggih sebagai peranti permainan yang tetap untuk kejohanan ini, memastikan pengalaman kompetitif yang terbaik untuk para peserta.

#Gaming #E-sports #Honor Of Kings #LGD