Berita

Pasukan Penyelamat Kongsi Pengalaman Cari Mangsa Jerlus

gempak
Gempak
25/08/2024
06:33 MYT
Sponsor Banner
Pasukan Penyelamat Kongsi Pengalaman Cari Mangsa Jerlus
"Masa turun ke bawah lubang... memang takut, tapi ini memang tugas anggota bomba, kena lawan perasaan takut dan berserah kepada-Nya."
Demikian kata Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Penguasa Kanan Bomba I, Alimaddia Bukri berkongsi detik anggota bomba yang terlibat dalam operasi pencarian mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
"Kami terpaksa membuat selaman di dalam air kumbahan, arus deras dengan penglihatan terhad (zero visibility) serta akses kecil menyukarkan pergerakan dan pencarian mangsa," katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.
Alimaddia berkata, hujan turut menjadikan situasi berisiko terhadap pasukan penyelamat dalam operasi itu.
"Di lubang itu ada saliran kumbahan dan saliran lain, memang dalam (lubang) itu... Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan kita semua.
"Kami telah berbincang dan mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan, sebelum membuat apa-apa keputusan dalam operasi ini," katanya.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dibuat bukan berdasarkan bangsa, agama, usia, kaya atau miskin dan kewarganegaraan.
"Kami akan buat apa sahaja, sedaya upaya kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan atau malapetaka, setiap kami mempunyai jiwa penyelamat yang sangat tinggi.
"Kepada keluarga mangsa, usah kuatir... kami akan cari mangsa seperti kami mencari dan menyelamat keluarga kami yang berada dalam kesusahan," katanya.
Alimaddia berkata, beliau berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan pasukan penyelamat dalam operasi itu.
"Syukur terhadap semua pihak yang menghargai tugas kami," katanya.
Alimaddia turut berkongsi video berdurasi 57 saat memaparkan keadaan sebenar yang dihadapi Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan kejadian seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Pakar Geologi Ini Kongsi Faktor Berlakunya Sinkhole & Dedah Tanda-Tanda Tanah Runtuh - “Permukaan Tunggu Masa Apabila..”

BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: “Operasi Bahaya Kerana Ada Gas Beracun Di Pembetung” - Bomba

BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: Lebih 17 jam Berlalu, Mangsa Masih Gagal Ditemukan

BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: “Tolong Selamatkan Ibu Saya!” - Rintihan Anak Sulung Mangsa

Laporan kejadian itu diterima JBPM Kuala Lumpur pada jam 8.22 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live