Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Patuhi Penjarakan Sosial, Ibadah Korban Dilakukan Secara Online

Mya Amri 28/07/2020 | 06:22 MYT
Seorang usahawan muda Di Pakistan, Aqib Muhal membangunkan portal dalam talian yang menawarkan pengalaman korban secara digital, lapor Awani.
Menurut Aqib, dia melakukan inisiatif itu disebabkan krisis pandemik COVID-19 selain untuk menyesuaikan perniagaannya dalam membantu memudahkan penjarakan sosial.
“Apa yang kami cuba lakukan menerusi kaedah dalam talian adalah kami berusaha untuk mewujudkan maksud sebenar pengorbanan, yang dijelaskan oleh Islam dimana kami harus lakukan dengan cara memilih haiwan untuk dikorbankan hingga ke pemprosesan daging," kata Muhal.
"Kami melancarkan projek ini disebabkan penularan pandemik COVID-19 dan kami mahu orang ramai selamat dan boleh melakukan ibadah korban mereka hanya dalam talian", ujarnya.
Menurut anak muda berusia 29 tahun itu, yang cuba dilakukan adalah untuk mewujudkan maksud sebenar pengorbanan hanya menerusi dalam talian.
Perkhidmatan tersebut membolehkan pelanggan membeli haiwan secara dalam talian, serta memeriksa spesifikasi haiwan dan mengalami pengorbanan dan pemprosesan daging.
Selain itu, para pengunjung juga berpeluang mendapat pengalaman ketika membeli haiwan secara dalam talian dan mengunjungi kandang kambing secara langsung.
Sumber: Astro Awani
#COVID-19
;