gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Guang, Sepet Antara Filem Ditayang Semula Di Festival Filem China-Malaysia
BERITA
Bekas Puteri Jepun, Mako, Selamat Lahirkan Anak Sulung
HIBURAN
Ikmal Amry Kongsi Cara Kekalkan Keharmonian Rumah Tangga - “ Jangan Bagi Ada Ruang Untuk Dia Fikir Bukan-Bukan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Patung Berhantu ‘Annabelle’ Dilaporkan Hilang? Ini Penjelasan Sebenar Dari Pihak Muzium

gempak
Ainun Md Zooki
29/05/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Patung Berhantu ‘Annabelle’ Dilaporkan Hilang? Ini Penjelasan Sebenar Dari Pihak Muzium
Pegawai dari Muzium Occult Warrens mengesahkan patung berhantu sebenar, Annabelle tidak hilang seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi laporan Tribune, khabar angin itu mula tersebar selepas patung Annabelle dilaporkan hilang ketika melakukan jelajah Devils on the Run Tour anjuran New England Society for Psychic Research (NESPR).
Beberapa pengunjung mendakwa mereka tidak melihat patung tersebut semasa lawatan, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa patung berhantu itu telah hilang ketika berada di Louisiana, Amerika Syarikat.
Keadaan menjadi lebih mengelirukan apabila berlakunya satu insiden kebakaran di kawasan berhampiran di bekas ladang Nottoway yang kini dijadikan sebagai sebuah resort percutian.
Disebabkan insiden itu berlaku dalam keadaan yang mencurigakan maka, orang ramai mula mengaitkan kebakaran itu berlaku disebabkan kehilangan patung berhantu, Annabelle.
Bagaimanapun, penyiasat utama NESPR, Dan Rivera tampil menjelaskan keadaan sebenar melalui sebuah video di TikTok.
Dia juga menunjukkan patung tersebut masih selamat tersimpan dalam bekas kaca di Muzium Occult Warrens serta menegaskan patung berhantu itu tidak hilang dan masih berada di luar lokasi asal.
Pada masa sama, pihak NESPR turut memuat naik kenyataan rasmi di Facebook yang menyatakan patung Annabelle itu tidak dicuri dan masih selamat.

“Annabelle TIDAK dicuri. Patung itu berada dengan selamat di Muzium Occult Warrens,” tulisnya.

Untuk maklumat, ini bukan kali pertama kisah patung berhantu Annabelle itu hilang sehingga mencetuskan panik terhadap orang ramai.
Pada tahun 2020, menantu kepada penyiasat paranormal terkenal Ed dan Lorraine Warren, Tony Spera turut tampil memberi jaminan bahawa patung tersebut masih berada di tempat asal dan tidak pernah melarikan diri.
Untuk makluman, patung Annabelle yang asal merupakan sejenis patung kain Raggedy Ann. Ia mula mencetuskan perhatian pada tahun 1970 apabila Ed dan Lorraine Warren menjalankan siasatan terhadap dakwaan gangguan makhluk halus yang dikaitkan dengan patung itu.
Sejak itu, Annabelle telah menjadi ikon seram terkenal dan menginspirasi beberapa buah filem di bawah francais popular The Conjuring.
Topic Berkaitan
#Viral
#Netizen
#Annabelle
#Hilang
#Takut
Must-Watch Video