Patung ikonik negara Singapura, Merlion yang terletak di Sentosa berkemungkinan akan dirobohkan bermula 20 Oktober ini.

Menurut laporan The Straits Time, keputusan itu dibuat bagi membangunkan projek untuk menjadikan Pulau Sentosa lebih menarik dan besar.

Menurut Ketua Pembangunan Sentosa Quek Swee Kuan, setakat ini masih tiada lagi rancangan untuk memindahkan patung Merlion itu ke lokasi lain.

"Jika belum berkesempatan untuk ke sana, inilah masanya untuk anda ke sana sebelum ia dirobohkan.

"Akan tetapi, patung Merlion yang terletak di tepi sungai Singapura tidak akan dihancurkan," katanya.

Untuk makluman, patung Merlion di Pulau Sentosa itu dibina dengan ketinggian 37 meter.

Patung asal Merlion yang terletak di muara Sungai Singapura pula dibina pada ketinggian 8 meter dengan berat 70 tan.

Patung tersebut dibina oleh Lim Nang Seng dan dirasmikan oleh Perdana Menteri pertama Singapura iaitu Lee Kuan Yew pada 15 September 1972.

Untuk rekod, Merlion sendiri berasal daripada dua perkataan iaitu Mer yang bermaksud laut manakala lion adalah singa.

Unsur ikan pula menggambarkan asal usul Singapura sebagai penempatan nelayan.

Diifahamkan terdapat tujuh patung yang dibina di beberapa kawasan tumpuan di Singapura.