Berita

“Patut Ke Kita Seret Ke Mahkamah?”- Aishah Berang Dituduh Jual Hadiah Pemberian Siti Nurhaliza Ke Pajak Gadai

gempak
Syafiqah Jalal
25/11/2020
11:31 MYT
Sponsor Banner
“Patut Ke Kita Seret Ke Mahkamah?”- Aishah Berang Dituduh Jual Hadiah Pemberian Siti Nurhaliza Ke Pajak Gadai
Penyanyi Aishah meluahkan rasa berang terhadap seorang netizen yang menghina dan menuduhnya akan menjual hadiah kek pemberian Datuk Siti Nurhaliza ke kedai pajak gadai.
Aishah menyifatkan komen yang diberikan pemuda itu di laman sosial sebagai hendak menjatuhkan reputasi dan maruahnya, ditambah pula menggelarkannya sebagai ‘artis sendu’.
BACA: Siti Kirim Kek Untuk Aishah Sebagai Tanda Terima Kasih – “Fans Fanatik Yang Pelik-Pelik, Kami Sesama Artis Ok Je…”
Pelantun lagu Janji Manismu itu mendedahkan wajah warga maya tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Haaaa ini dia wajah orang menghina gitu sekali. Saya ni taklah singkek sangat hingga kek pemberian Tok Ti (Siti Nurhaliza) pun takut dibawa ke pajak gadai.
“Allahu,kerana pulut santan binasa. Tuan @izwanazmi this is too much already, menjatuhkan reputasi dan maruah saya,” katanya.
BACA: "Sebab Tu Tuhan Dah Tarik Balik Apa Yang You Ada" - Netizen Dakwa Aishah Angkuh, Ini Responsnya...
Aishah juga meminta pendapat adakah patut dia bawa perkara ini ke mahkamah selain suaminya sendiri mahu bersemuka dengan netizen tersebut.
What say you? Patut ke kita seret ke mahkamah orang ini sebagai pengajaran?
“Kepada tuan punya badan AB Rahim ni, ada satu permintaan, suami saya nak sangat bersemuka dengan awak,” tegasnya.
Aishah telah menerima pelbagai maklum balas mengenai nyanyiannya sewaktu membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Ada yang memuji nyanyiannya, bahkan ada juga yang menyifatkan nyanyiannya kurang menyerlah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024