‘Blind date’ selalunya berlaku selepas perkenalan secara maya selepas berutus surat atau pada zaman moden ini menerusi internet.

Ada ‘blind date’ yang berlangsung dengan baik sehingga berakhir ke jinjang pelamin, namun kebanyakannya tidak berjaya!

Semuanya gara-gara pasangan yang selama ini menjadi tempat berkasih-sayang tidak memiliki ciri-ciri seperti yang diharapkan.

Paling mengaibkan apabila pasangan ‘blind date’ lari meninggalkan anda di tempat temujanji, pergi tak kembali! Eheh!

Hey ‘chill’lah! Kalau iya pun si dia itu tak seperti yang korang harapkan…janganlah bertindak kejam macam tu.

Apa kata ikut tips ini:

#1 Bawa kawan
Bawa kawan ketika bertemujanji kali pertama kerana anda tidak tahu niat sebenar ‘stranger’ di hadapan anda tu.

#2 Kaji latar belakang
Mulakan perbualan dengan bertanya khabar dan ketahui sedikit latar belakang si dia. Kalau tak nak perbualan menjadi kaku, tak salah tanya fasal kampung halaman atau berborak mengenai musim

#3 Imbas cara perkenalan
Bila dah selesa, bolehlah ‘throwback’ cara korang berkenalan…Kembangkan idea perbualan bermula dari situ.

#4 Boleh bertanya tetapi janganlah tanya isu sensitif
Selepas sesi suai kenal, bolehlah berbual tentang diri masing-masing…Tanyalah apa saja asalkan bukan perkara yang melibatkan isu sensitif supaya dia pun rasa selesa.

#5 Minta diri cara baik untuk beredar bukan CABUT LARI!
Kalau hendak mengundurkan diri, mintalah izin secara baik…bukannya terus lari dan tinggalkan ‘blind date’ tu tercangak-cangak! Contohnya macam Lola dalam How Not To Lose Your Job tu, tak sopan betul!

Selamba dia lari tinggalkan kekasih alam maya dia hanya selepas mengetahui orang tu duda anak enam! Tak patut betul! Sedangkan sebelum ini dia yang bersungguh-sungguh sampai sanggup tinggal kerja di pejabat hanya kerana nak pergi dating! Haih!

Babak tersebut boleh ditonton menerusi sitkom komedi How Not To Lose Your Job episod ketiga tau!

Apa lagi yang berlaku seterusnya, jangan lupa menonton sitkom mencuit hati ini yang ditayangkan setiap Isnin, pukul 9.30 malam ini, di laman web Gempak. Anda juga boleh menonton di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.

[EPISOD PENUH] How Not To Lose Your Job - EPISOD 3 - Nasib Boleh Diubah