Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

"Patut Ke Saya Botakkan Rambut?" - Muzik Video Lagu Raya Aliff Syukri Trending Nombor Satu Di YouTube

Asraf Aided 31/05/2019 | 10:56 MYT
Lagu raya terbaru nyanyian usahawan Datuk Seri Aliff Syukri bersama Zizi Kirana dan Bella Astillah yang berjudul Jom Raya telah trending nombor satu di YouTube dalam tempoh masa kurang 15 jam.
Perkara itu dikongsi Aliff menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Di entri tersebut, Aliff bertanya kepada netizen sama ada dia harus membotakkan rambutnya sempena kejayaan lagu terbarunya itu.
"Patut ke saya botakkan rambut? kalau ramai yang komen botak di ruangan komen di bawah, saya akan botakkan rambut malam ini.
"Sebab lagu ni trending nombor satu mengalahkan lagu yang lain, tak sampai 15 jam dan jumlah tontonan lebih 500,000.
"Saya terkejut, anda dah tengok ke belum?" tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan usahawan ini untuk membotakkan kepalanya.
Baru-baru ini, kontroversi mengenai lagu Jom Raya tercetus apabila usahawan Nursajat berasa kecewa dengan Aliff yang tidak memilihnya sebagai rakan duet dalam lagu tersebut.
Namun begitu, Aliff sendiri telah memohon maaf kepada rakannya itu dan difahamkan, keadaan mereka baik-baik sahaja.
#Bella Astillah #Aliff Syukri #Zizi Kirana #Jom Raya