Penuh dengan sumpah seranah dan makian! Mungkin itu gambaran paling tepat mengenai reaksi penonton sebaik melihat episod tujuh Projek: Anchor SPM, malam semalam.

Biarpun pada awalnya strategi meniru berjalan lancar, namun siapa sangka berlaku kejutan daripada watak Hilmi.

Majoriti penonton terkejut apabila Hilmi akhirnya membuat keputusan mengkhianati rakan baiknya Aizat.

Beberapa percubaan tekah dibuat demi mematahkan perancangan yang selama ini dibuat oleh Aizat.

Akibatnya, Aaidaa kemudian ‘kantoi’ dan ditangkap ketika berada di dalam tandas lelaki.

Susulan daripada babak berkenaan, ‘timeline’ di Twitter telah dipenuhi sumpah seranah yang membenci perbuatan terkutuk Hilmi.

Malah, tanda pagar atau hashtag #Hilmi dan #ProjekAnchorSPM berada dalam kedudukan pertama paling trending!

“Aku rasa macam nak mengamuk dengan Hilmi”

“Hilmi dah hancurkan hati aku, sanggup kau khianati batch kau”

“Geram betul la aku dengan hilmi ni. Orang macam dia la yang patut kne rejam dengan budak 1 batch. Sebab perempuan je pun, buat palat mcm ni. Ni la jenis manusia yang tak percaya balasan dr Allah. Sibuk nak balas dendam sendiri! Boooo HILMIIIIII” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat banyak lagi reaksi netizen di bawah.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Apapun jangan lupa saksikan Projek: Anchor SPM setiap Isnin jam 9 malam di Astro Citra.

Sebagai alternatif dan jika terlepas menonton, anda juga boleh saksikan Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.