“Patut Mampu Beli Kereta Mewah, Jimat Rupanya”- Eh Betul Ke Pemandu Lamborghini Tak Bayar Tol?
Sebuah video memaparkan aksi ‘berani’ pemandu kereta Lamborghini yang tular sejak semalam ternyata menimbulkan 1,001 persoalan dalam kalangan netizen.
Menerusi video berdurasi tujuh saat itu, Lamborghini berwarna kuning itu pada awalnya dilihat sedang memasuki plaza tol.
Walau bagaimanapun, pemandu tersebut didakwa membuat tindakan drastik apabila memandu tanpa membayar tol berkenaan.
Difahamkan, paras ketinggian Lamborghini yang lebih rendah daripada palang tol membolehkan pemandu itu secara mudah meloloskan diri.
Susulan itu, video berkenaan kemudian telah mengundang kemarahan ramai apabila rata-ratanya mendapati baki ‘Smart TAG’ pemandu tersebut tidak mencukupi.
Ada yang mendakwa baki masih belum ditolak apabila paparan pada skrin masih menunjukkan warna merah dan bukannya hijau.
Pun begitu, ada juga yang berpendapat duit pada ‘Smart TAG’ tetap ditolak dan palang tol tidak terangkat kerana sensor pada sistem palang tol tidak dapat mengesan kereta yang bersaiz rendah.
“Tak bayar tol, dia berjaya langsaikan hutang keretanya. Cara mengekal kekayaan,”.
“Kaya terus kaya, tol murah pun berkira”.
“Siapa pakai smart tag Lamborghini memang macam tu sebab terlalu rendah, tapi duit tolak,” tulis beberapa netizen.
Sehingga kini video berkenaan telah ditonton sebanyak 1.4 juta kali.
undefined