Laman Utama
“Patut Ramai Sayangkan Dia…”- Fasha Sandha Dedah Sikap Alvin Chong Yang…
Pelakon Fasha Sandha memuji sikap baik dan disiplin aktor Alvin Chong ketika pertama kali menjalani penggambaran bersama.
Menurut Fasha, sikap Alvin itu membuatkan dia kagum.
“Patut lah ramai sayangkan dia, baik budi orangnya, pandai bawak diri.. dan pandai menghomati.
“Dia antara pelakon junior yang saya kagumi. Bukan saja berbakat, juga mempunyai personaliti yang baik,” pujinya.
Fasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut Fasha memuat naik foto bersama pelakon lelaki tersebut.
Dalam pada itu, Fasha turut menjelaskan watak gandingan mereka.
“Hari ni pertama kali saya bertugas dengan Alvin. Dia jadi watak anak ikan saya,” katanya.
Fasha sudah mula aktif berlakon kembali selepas melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira pada 7 Ogos 2020.
Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Must-Watch Video