UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Viral

"Patutlah Lagu Meletup, Sebab Sifat Rendah Diri Dan Beradab" - PU Amin Puji Ben Ladin

Amri Hassan 01/11/2018 | 05:00 MYT
Pendakwah popular, PU Amin memuji sifat merendah diri dan beradab penyanyi lagu Hikayat Benladin, Ben Ladin.
Kata PU Amin, sifat yang ditunjukkan Ben Ladin membuka rezeki dan peluang untuk karya seninya popular dan diterima ramai.
"Patutlah lagu dia meletop letop sampai sekarang, bukan sekadar lagu dan trend yang menjadi minat netizen masa kini.
"Tapi sifat rendah diri dan beradab dalam menjalani hidup sebagai anak seni," kata PU Amin.
Membalas pujian yang diberikan PU Amin, kata Ben Ladin dia mempraktikkan asas kehidupan untuk memudahkan masa hadapannya.

InsyaAllah Ustaz @pencetusummah_amin Jika Yang Asas Kita Praktikkan..Pasti Allah Akan Permudahkan Kehidupan Kita Yang Mendatang...Amin #Repost @pencetusummah_amin • • • • • Patutlah lagu dia meletop letop sampai sekarang , bukan sekadar lagu dan trend yang menjadi minat netizen masa kini . Tapi sifat rendah diri dan beradab dalam menjalani hidup sebagai anak seni . Semoga Allah muliakan perjalanan hidup kau @mohd_benladin .

A post shared by B-E-N (@mohd_benladin) on

"Jika yang asas kita praktikkan... pasti Allah akan permudahkan kehidupan kita yang mendatang," tulisnya.
Sifat tidak menyombong diri Ben Ladin juga mendapat pujian netizen menerusi pengalaman masing-masing.
Teruskan membumi Ben Ladin!
#Viral #Viral #PU Amin #Ben Ladin
;