Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Patutlah Mesra Cium Pipi, Farid & Diana Sudah Lebih 20 Hari Rujuk Semula

Maliah Surip
17/09/2023 12:09 MYT
Bukan bakal rujuk tetapi Farid Kamil mengaku sudah kembali menjadikan Diana Danielle sebagai isterinya pada 31 Ogos lalu.

Berita gembira itu dibuat aktor tersebut sewaktu muncul dalam sebuah prorgram hiburan pada hujung minggu.

“Alhamdulillah saya dan isteri kembali rujuk pada pada 31 Ogos 2023,” ujar Farid.

Farid juga mengatakan pengalaman lalu telah mematang mereka dan kesepakatan untuk rujuk semula adalah kerana agama.

“Perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah. Pengalaman lalu telah mematang kami.

“Pokoknya adalah agama. Saya sebagai suami boleh membimbing isteri dan isteri saya harus dapat menguatkan ilmu agama supaya dapat membimbing anak-anak,” ujarnya lagi.

Menurut bintang Anwar The Untold Story itu lagi sepanjang bercerai pada Ogos lalu dia dan Diana mengambil masa muhasabah diri dan menilai semula perkahwinan mereka.

Beberapa hari lalu kemesraan di antara Farid termasuk aksinya memegang erat tangan dan mencium pipi Diana dalam sebuah acara hiburan mencuri perhatian umum.

Terdahulu pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

BACA: “Macam Mula Bercinta” - Bakal Rujuk, Netizen Berbunga Hati Tengok Diana & Farid Kembali Bersatu​

#Diana Danielle #Farid Kamil
;