Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

"Patutlah Tak Nak Bertudung Muka Tua Habis" - Kongsi Foto Terbaru, Netizen Tidak Puas Hati Dengan Penampilan Bertudung Ernie Zakrie

Zulaikha Yusof
23/05/2019 07:06 MYT
Penyanyi Ernie Zakrie telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.

Foto tersebut menunjukkan Ernie mengenakan tudung berwarna kelabu gelap beserta kapsyen mengucapkan selamat berpuasa.

Namun foto tersebut menjadi perhatian seorang netizen yang bernama Yusof Kasbani.

"Patutlah tak nak bertudung, muka tua habis," tulis netizen tersebut.

Ernie tidak berdiam diri malah terus menjawab.

"Saya tengah lapar ni, lebih baik bulan puasa ni kita tak payah cakap apa-apa kalau takda faedah. Salam Ramadan," tulisnya.

Rata-rata pengikut Ernie turut tidak berpuas hati dengan kata-kata kesat yang telah dilemparkan.

Ernie mula aktif di industri hiburan pada tahun 2009 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Camat berpuacew ?

A post shared by @ erniezakri on

#Ernie Zakrie
;