Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Patutlah Tengok Nasi Arab Tak Lalu” - Syukur, Mua Bellaz Tak Sangka Dapat Berita Hamil Masa Di Makkah

Mya Amri
10/12/2021 09:02 MYT
Jurusolek popular, MUA Bellaz memanjatkan rasa syukur selepas mengetahui dirinya kini hamil.

Bellaz berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam.

Bellaz memaklumkan dia juga mendapat tahu mengenai perkara itu sewaktu ketika berada di Tabah Suci.

“Alhamdulillah doa baik-baik. InsyaAllah rezeki. Allahuakhbar patutlah tengok nasi arab tak lalu nak makan,” tulisnya.

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

Selain itu suaminya, Anuar juga memaklumkan sebelum ini Bella pernah membuat ujian kehamilan namun keputusannya negatif.

“Alhamdulillah dengan rasminya Yusuf jadi abang. Masa di Malaysia cek negatif. Rupanya Allah S.W.T tunjukkan kekuasaannya di Tanah Haram ini.

“Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… Hadiah yang sangat bermakna di bumi Makkah. Tiada daya selain pertolongan dan pemberian Allah S.W.T,” tulisnya.

A post shared by Mat Nuart (@anuarahmad123)

Dalam pada itu, ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah pengikutnya.

Untuk info, Bellaz kini berada di Tanah Suci Makkah bersama keluarganya untuk mengerjakan umrah.

Bellaz juga terkenal sebagai seorang jurusolek yang tidak kedekut ilmu dan gemar memberikan tutorial solekan selain loghat Kedahnya.

#Hamil #Makkah #Jurusolek #Mua Bellaz #Tanah Suci Makkah