Hiburan
Paula Abdul Saman Rakan Sendiri, Dakwa Diri Diserang Secara Seksual 10 Tahun Lalu
Penyanyi, penari dan pelaku seni berbakat, Paula Abdul mengejutkan dunia hiburan Hollywood apabila memfailkan saman kepada seorang eksekutif televisyen kerana didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadapnya.
Ironi, lelaki tersebut iaitu Nigel Lythgoe yang juga penerbit American Idol adalah rakan yang telah bekerjasama dengannya untuk satu tempoh jangka masa yang lama.
Menerusi saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles County beberapa hari sebelum kedatangan tahun baru 2024, Paula mendakwa Lythgoe telah melakukan gangguan seksual sewaktu mereka bekerja dalam program realiti popular, America Idol dan So You Think You Can Dance.
Paula antaranya mendakwa dia pertama kali menerima gangguan seksual daripada Lythgoe pada musim pertama American Idol disiarkan iaitu di awal tahun 2000, lapor TMZ.
Insiden berlaku sewaktu mereka dalam sesi mencari bakat baharu di serantau negara.
Dakwanya, Lythgoe telah melakukan serangan seksual terhadapnya semasa mereka di dalam lif dan dia dapat menyelamatkan diri apabila pintu lif terbuka.
Paula bagaimanapun memilih berdiam diri ketika itu kerana bimbang dipecat.
Dalam fail dakwaan sama, Paula memberitahu telah menerima gangguan seks daripada rakannya itu lebih 10 tahun lalu sewaktu melakukan pertemuan profesional di kediaman Lythgoe di Los Angeles.
Lythgoe dikatakan telah mendesak dirinya untuk menjadi pasangan dan menyifatkan mereka sebagai excellent power couple.
Memberi respons terhadap dakwaan dan saman yang difailkan terhadapnya, Lythgoe mengaku terkejut dan sedih kerana menyifatkan mereka sebagai sahabat.
“Saya terkeju dan sedih dengan tuduhan liar yang dibuat oleh Paula Abdul. Kami telah bersahabat untuk tempoh lebih dua dekad dan tiba-tiba saya dituduh melakukan perbuatan tak senonoh terhadapnya.
“Saya mahu menegaskan semua tuduhan tidak pernah berlaku dan ia sangat menjejaskan reputasi saya,” kata Ltyhgoe.
Must-Watch Video