Pawagam Dibuka Semula, Ramai Tak Sabar Nak Layan Filem-Filem Baru!

Amri Hassan
Mac 2, 2021 23:25 MYT
Aktiviti penggambaran serta tayangan filem di pawagan dibenarkan di seluruh negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, perkara itu selaras dengan pengumuman kerajaan berhubung kebenaran tersebut bermula pada 5 Mac sehingga 18 Mac.
“Bagaimanapun ia perlu merujuk garis panduan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara).
“Perkara ini (antara lain) termasuk proses pembersihan dan nyah kuman premis serta aspek penjarakan fizikal,” katanya menerusi kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, kebenaran itu bagaimanapun tidak termasuk Sabah.
Sebelum ini, pembukaan pawagan serta aktiviti penggambaran filem dan sebagainya dilarang.
Meninjau reaksi ramai di media sosial Twitter, ada yang meluahkan rasa lega dan gembira dengan pembukaan semula pawagam.
Malah, ramai yang teruja untuk menikmati semula keseronokan menonton filem kegemaran di pawagam berhampiran!

Kalau ok , releases Disney LUCA ngan Marvel's Black Widow mungkin akan ditayang . Tak pun Zack Synader's Justice League/WW84 atau releases kat mana2 platform streaming akan ditayang kt pawagam .

— ?? my name is Harith (@HarithJ1309) March 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Alhamdullilah. Pawagam dah boleh kembali beroperasi seperti biasa jumaat ni. ? @TGVCinemas

— Encik Frontliners (@fadzlimohamad7) March 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The moment we've been waiting for... we will be reopening this FRIDAY!! Stay tuned as we reveal our opening locations and confirmed movie line-ups! ??#BacktoGSC #GSCLoveYou3000 pic.twitter.com/j1lVUJbmhz

— GSC | #ReopenCinemas (@GSCinemas) March 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Filem #Pawagam #Penggambaran #SOP #Panggung Wayang