Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pawagam Indonesia Tayang ‘Avengers: Endgame’ Seawal 5 Pagi, Pawagam Malaysia Tercampak!

Azwa Rahman
17/04/2019 02:41 MYT
Menjelang beberapa hari lagi filem adiwira paling dinanti-nantikan tahun ini, ‘Avengers: Endgame’ bakal menemui penonton, ramai yang semakin teruja.

Namun, bukan setakat peminat filem yang saling bersaing mahu menjadi yang pertama menonton, pawagam-pawagam juga tak mahu kalah menjadi yang terawal menayangkan filem ini.


Terkini, pawagam Cinemaxx di Indonesia membuka panggungnya seawal jam 5 pagi untuk peminat filem itu!

Sesi tayangan 5 pagi itu akan berada di 12 panggung sekitar Indonesia termasuklah di Jakarta, Bandung, Bali, Medan, Surabaya dan banyak lagi.



Lebih memberikan tawaran menarik apabila filem itu turut ditayangkan sepanjang 24 jam bermula 5 pagi, 24 April hingga keesokan harinya.

Terdahulu, pawagam GSC, TGV dan MBO di Malaysia menawarkan tayangan Avengers seawal jam 7 pagi namun dicantas oleh Indonesia yang ternyata lebih laju.
#Filem #Filem #Avengers #Superhero
;