Viral

Payung Terjun Tak Terbuka, Penerjun Sempat Kira 1,2,3 Maut Jatuh Dari Tingkat 29

gempak
Maliah Surip
29/01/2024
12:50 MYT
Sponsor Banner
Payung Terjun Tak Terbuka, Penerjun Sempat Kira 1,2,3 Maut Jatuh Dari Tingkat 29
Seorang penerjun yang berasal dari British menemui ajal selepas payung terjun miliknya gagal berfungsi atau terbuka selepas dia melakukan terjunan dari sebuah bangunan di Pattaya, Thailand.
Penerjun yang dikenali sebagai Nathy Odinson, 33, dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas dirinya tersangkut pada pokok sebelum jatuh ke jalan.
Dia kemudian disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian.
Odinson dirakamkan CCTV terjun secara haram daripada tingkat 29 sebuah bangunan apartment, lapor media tempatan.
Malah menerusi rakaman video yang tersebar, Odinson dilihat sempat membuat kiraan satu sehingga tiga sebelum melakukan aksi terjunan.
Odinson didakwa memasuki kawasan bangunan secara haram bersama seorang rakan warga tempatan.
Mereka meletakkan kenderaan berdekatan kawasan dan menunggu keadaan lenggang sebelum memanjat tembok naik ke tingkat 29 bangunan apartment tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live