Laman Utama

PDRM Sahkan Sudah Merakam Keterangan Ebit Lew, Mohon Tidak Membuat Sebarang Spekulasi & Provokasi

Fiza Kamarudin
19/08/2021
09:20 MYT
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah merakam keterangan percakapan Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Hari ini siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.
“PDRM memohon kepada semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus.
“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebatang penyebaran apa-apa jua bahan yanh boleh menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Terdahulu Ebit Lew memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM selepas dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual di Ibu Pejabat Polis Aman.
Ebit juga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan, selain menganggap tuduhan dilemparkan sebagai fitnah paling kejam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”

gempak
20/07/2024
09:28 MYT
Pempengaruh, Aisyah Hijanah dan suaminya Aliff Teega berkongsi pengalaman ditahan reman bagi membantu siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Viral

PDRM Gerakkan Pasukan Penyelam Cari Telefon Pintar Milik Farah Kartini

gempak
16/07/2024
15:07 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan sepasukan penyelam (Unit Forensik) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor esok.
Viral

Wanita Terkilan Individu Cuba Ambil Kesempatan Sebab Tolong Cari Rumah Sewa, Siap Perlawa Ajak Buat Hubungan S*ks

gempak
11/07/2024
07:55 MYT
Seorang wanita menceritakan tentang bagaimana dirinya terpaksa berhadapan dengan gangguan seksual dalam pencarian tempat tinggal.
Hiburan

Pelawak, Isteri Direman, Bantu Siasatan Kes Sebar Maklumat Dalaman Polis

gempak
02/07/2024
09:23 MYT
Pelawak serta isterinya direman dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di aplikasi Telegram.
Viral

Cium Jin BTS Di Khalayak Ramai, Peminat Berdepan Dakwaan Gangguan Seksual

gempak
15/06/2024
08:55 MYT
Tindakan segelintir peminat wanita yang gagal mengawal diri saat bertemu idolanya, Jin BTS ternyata mengundang padah.