Aktor Shaheizy Sam berdepan detik cemas apabila tayar keretanya pecah ketika dalam perjalanan ke Kedah untuk Siri Jelajah Polis Evo 3 (#PE3) pagi tadi.

Sam berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

"Dia buat hal lagi!!! @samtilla ?
Sat naa orang-orang KEDAH, PENANG dan PERAK. InsyaAllah sat lagi sampai..

"Nasib baik dapat bantuan dari abam2 #PolisEvo dan rezeki dapat berjumpa dengan Pengarah JSPT Dato’ Sri Mat Kasim Karim. Tuan memang sempoi," tulisnya.

Menerusi video yang dikongsikan, Sam tidak keseorangan malah ditemani Sharnaaz Ahmad dan kru Polis Evo 3.

Dalam pada itu, Gempak berjaya mendapatkan maklumat daripada pasukan Astro Shaw tentang kejadian. Dilaporkan Sam berada dalam keadaan baik dan ia berlaku selepas susur keluar Slim River, Perak pada pukul 10.30 pagj tadi.

Kini, tayar kereta Sam sudah pun ditukar dan mereka dalam perjalanan ke lokasi siri jelajah di Paragon Cinemas, Alor Star Mall.

Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. 14, 15, 16, 17, 18 Jun di Sabah dan Sarawak. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.

Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.