Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#PE3: Alami Kecederaan & Dijangkiti Influenza A Ketika Penggambaran, Zizan Razak Tetap Bersemangat Demi Polis Evo 3 - “Cedera Itu Ibarat Perkara…”

Asyikin Mayudin
26/05/2023 02:55 MYT
Berkongsi mengenai pengalaman menjalani penggambaran filem Polis Evo 3,, pelakon dan pelawak Zizan Razak mendedahkan dia pernah mengalami kecederaan ketika melakonkan salah satu babak.

Mengalami tangan terseliuh, Zizan bagaimanapun menganggap kecederaan yang dialami itu adalah perkara biasa biarpun rasai kesakitan namun tiada yang serius.

“Banyak kecederaan yang saya alami, ada yang saya ingat, ada yang tidak. Tapi antaranya, tangan saya terseliuh dalam salah sebuah babak yang saya tak ingat yang mana.

“Bagi saya, cedera itu ibarat perkara biasa walaupun rasa sangat sakit. Yang saya ingat mereka sediakan pihak medik di situ. Tiada kemalangan yang begitu serius saya alami,” kata Zizan kepada Gempak.

Bukan itu sahaja, Zizan turut memberitahu dia terpaksa berehat akibat mengalami demam Influenza A ketika menjalani penggambaran filem tersebut.

“Saya juga perlu berehat disebabkan terkena wabak Influenza A sebelum kembali masuk set waktu itu. Saya masuk hospital, kena tahan wad.

“Ikutkan doktor bagi dua minggu rehat tetapi saya rehat seminggu sahaja kemudian masuk semula set dan waktu itu babak dekat Bukit Bintang. Polis Evo memang buat saya semangat untuk kembali kuat,” ujarnya.

Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pameran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.

Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.

Selain Zizan dan Sam, filem itu turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Farah Ali Khan, Nora Danish, Eyka Farhana, Fezrul Khan dan ramai lagi.

Bahang Polis Evo 3 kian terasa apatah lagi lagu runut bunyi (OST) berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Ernie Zakri dan penyanyi rap Aman Ra serta Kmy Kmo menjadi siulan.

Polis Evo 3 kini di pawagam berdekatan anda. Jom boh ramai-ramai kita tengok.

Kita Lagi Kuat Boh!

#Zizan Razak #Zizan #Polis Evo 3 #PE3 #Zizan cedera #Zizan PE3