#PE3: 'Bawa Balik' Inspekstor Sani & Khai Dengan Korang! Figurine Polis Evo 3 Kini Dijual Cuma 100 Unit
Syafiqah Jalal
04/06/2023 11:25 MYT
04/06/2023 11:25 MYT
Karaktor Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang dilakonkan oleh Zizan Razak dan Shaheizy Sam dari filem aksi Malaysia, Polis Evo 3, kini boleh ‘dimiliki’ dalam bentuk patung aksi edisi terhad.
Inisiatif rasmi itu merupakan yang pertama bagi siri filem ini. Setakat ini, hanya ada 100 unit terhad untuk setiap figura eksklusif Inspektor Khai yang dilakonkan oleh pelakon Shaheizy Sam dan Inspektor Sani yang dilakonkan oleh pelawak Zizan Razak.
Pengeluaran patung aksi cetakan 3D berukuran lebih kurang 10 sentimeter ini dijalankan dan diselia oleh kumpulan kandungan tempatan dan hobi English Speaking Asians (ESA), dengan bantuan komuniti di bawah naungan mereka.
Menurut pengasas ESA Adely Ariffin, pihak komuniti yang menghasilkan figura itu adalah Hanbro’s Studio, sebuah studio yang terkenal dikalangan peminat-peminat figura di tanahair manakala blister pula dihasilkan oleh Intergalactic Geek Foundry.
“Biasanya, ESA mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menghasilkan produk yang siap, tetapi mereka dapat menyiapkan beberapa unit patung aksi Polis Evo 3 dalam masa kira-kira tiga minggu, berkat sokongan daripada komuniti hobi tempatan,” katanya.
Patung aksi ini kini boleh ditempah di esachannel.com dengan harga RM175 setiap satu, dan pengedaran koleksi ini akan bermula pada 3 Jun di Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Polis Evo 3, yang diarahkan oleh pengarah Syafiq Yusof, mencuri perhatian dengan mengumpul RM25 juta hanya dalam tempoh tujuh hari tayangan di pawagam di seluruh Malaysia, Singapura, dan Brunei.
Kumpulan ESA terdiri daripada peminat budaya pop dengan banyak sub-komuniti di bawahnya, dengan yang paling terkenal dikenali sebagai Unity Macroverse.
Unity Macroverse adalah sebuah komuniti penceritaan di mana mereka terlibat dalam mencipta cerita fiksyen sains mereka sendiri dalam bentuk komik, novel, cerita pendek, dan lain-lain.
ESA juga terkenal dengan hasilan mereka sendiri dalam membuat mainan, figura dan buah tangan.
Baru-baru ini, kumpulan ini juga melibatkan diri dalam ruang komuniti autism yang dikenali sebagai The Spectrum — di mana mereka mengambil hasil seni daripada anak muda dengan autisme dan mencipta barangan berasaskan hasil seni tersebut seperti beg, t-shirt, cawan, dan sebagainya. Royalti juga diberikan kepada warga komuniti autism yang terlibat dalam projek-projek tersebut.