Penduduk Terengganu terpaksa berputih mata kerana niat hendak menonton filem paling gempak tahun ini, Polis Evo 3 terpaksa dibatalkan semalam.

Semuanya gara-gara tiket filem yang sudah mencapai kutipan RM25 Juta itu, untuk dua panggung yang berjumlah 47 tayangan telah habis dijual!

Seorang warga maya yang dikenali sebagai Fariszuan menerusi satu entrinya di laman Facebook memaklumkan perkara berkenaan.

"Untuk penduduk sekitar Kuala Terengganu yang nak tengok filem Polis Evo 3 untuk hari ini boleh batalkan niat anda....
LFS Cinema : 23 Tayangan
Paragon Cinema KTCC : 24 Tayangan

"Semuanya dah sold out.

"Boleh try filem lain yang ada ditayangkan. Dan jangan buat lawak filem BMX di posting ini. Muak," maklumnya.

Menerusi hantaran yang sama dia memuat naik bukti tempat duduk bertanda merah di semua panggung.

Fariszuan turut mendakwa tayangan pada hari ini juga terhabis dijual.

"Tayangan untuk Sabtu juga dilaporkan sudah sold out," dakwanya.

Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kecewa dan cuba mencari alternatif panggung lain untuk menonton filem yang dibintangi pelakon utama Zizan Razak dan Shaheizy Sam itu.

"Duduk kat tangga tak boleh ke?," tanya seorang pengikutnya.

"Nasib baik anak dah booking," komen seorang warga maya.

"Jom pakat pergi Mesra Mall," ajak seorang netizen.

Selain dua pelakon utama itu, filem terbitan Astro Shaw ini turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Fauzi Nawi, Nora Danish dan ramai lagi.

Polis Evo 3 mula menjengah 165 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 25 Mei lalu
Filem terbitan bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini mengangkat kredibiliti pasukan polis negara dan Polis Evo 3 masih mengekalkan elemen aksi komedi.

BACA: Sanggup Turunkan 12Kg, Sharnaaz Ahmad Terpaksa Bermain Dengan Emosi Dalam Polis Evo 3