Pempengaruh media sosial, Sofyank sekali lagi mempersembahkan ‘air tangan’ luar biasanya menerusi video promosi bagi filem Polis Evo 3 yang menampilkan dua teraju utama, Zizan Razak dan Shaheizy Sam.
Menerusi video yang disunting dengan kesan khas itu, Sofyank atau lengkapnya, Mohamad Sofian Abdullah dilihat membantu watak Inspektor Khai dan Inspektor Sani dalam misi mematikan sebiji bom di sebuah lokasi usang.
Viral
#PE3: Sofyank Pun ‘Berlakon’ Dengan Inspektor Khai & Inspektor Sani Dalam Polis Evo 3? Kemah Boh!