Laman Utama

#PE3 : Tayangan Awal Polis Evo 3 Raih Kutipan RM1.3 Juta, Benamkan Filem Antarabangsa

Asyikin Mayudin
25/05/2023
05:50 MYT
Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures telah mula tayangan awal (‘sneak preview’) pada 24 Mei di pawagam seluruh negara berjaya meraih kutipan RM1.3 juta.
Malah turut berada di tangga pertama di carta Top 10 GSC Malaysia bagi kutipan tertinggi pada 24 Mei, sekali gus mengetepi filem antarabangsa.
Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua penonton yang menyokong filem tersebut.
“Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton Malaysia, Singapura dan Brunei yang telah menonton filem ini.
“Kami mengharapkan berita baik ini adalah satu permulaan yang baik untuk Polis Evo 3 serta membuktikan filem tempatan masih mampu menawan hati penonton dan memberi saingan sengit buat filem antarabangsa.
“Terima kasih juga kepada rakan penerbit Skop Productions dan TGV Pictures, barisan pelakon serta semua yang berusaha keras dalam meletakkan kejayaan Polis Evo 3,” katanya.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta.
Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 2 Jun di Seremban; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka.
Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Setiap Kali Muncul Confirm Mengekek! Ini Watak-Watak Lucu Cameo Michael Ang Dalam Filem & Drama... #5 Tu Korang Wajib Tengok

gempak
12/06/2024
14:55 MYT
Tidak hanya dikenali sebagai seorang pengarah, pelakon dan penerbit, Michael Ang turut popular dengan kameo-kameo lucunya di dalam pelbagai filem dan drama terbitan Astro.
Hiburan

Peminat Cipta Rekod Menonton The Experts 9 Kali Di Pawagam Dalam Tempoh 4 Hari!

gempak
26/05/2024
08:18 MYT
Peminat setia filem tempatan, Chee Chi Wai berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.
Hiburan

Polis Evo 3 & Projek: High Council Kini Boleh Distrim Di Netflix!

gempak
18/03/2024
14:55 MYT
Polis Evo 3 dan Projek: High Council boleh distrim menerusi aplikasi Netflix di Astro Ultra & Ulti Box.
Laman Utama

GSC Times Square Henti Operasi Hujung Bulan Ini - “Senyum, Ketawa & Tepukan Anda Akan Sentiasa Bergema Dalam Hati Kami”

gempak
19/11/2023
04:55 MYT
Terima kasih untuk memori
Laman Utama

Astro Raih 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2023!

gempak
29/09/2023
14:27 MYT
One Cent Thief, Liar, Polis Evo 3, Borak Dulu Baru Kamu antara penerima anugerah.