Baru sahaja mula tayangan, filem aksi komedi terhebat iaitu Polis Evo 3 sudah menjadi trending di laman TikTok dan mendapat respon positif daripada penonton.

Boleh katakan semua penonton yang menonton memberi pujian terhadap filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures.

Selain aksi, penonton menganggap filem itu penuh dengan elemen kekeluargaan dan persahabatan yang sememangnya sesuai untuk ditonton semua golongan.

Kemunculan watak ‘villain’ baharu iaitu Reza yang dilakonkan oleh aktor hebat Sharnaaz Ahmad dalam Polis Evo 3 turut mendapat pujian daripada penonton.

“The only villain in a local action movie that made me tear up. Congrats to the whole squad.

“Izrail villain Polis Evo 1 *Izrail pengedar dadah, Saif villain Polis Evo 2 *Saif ketua pengganas ajaran sesat, Reza villain Polis Evo 3 *Reza bekas anggota polis. Mengalami tekanan jiwa dan mental,” komen penonton.

Malah, YouTuber terkenal dengan ulasan filem iaitu Zhafvlog juga mengajak semua orang menonton filem yang penuh dengan elemen yang sepatutnya ada dalam karya itu.

“Infinity Stars. Filem Ini Lagi Kuat Boh! Khai dan Sani perlu hadapi ancaman yang merupakan ex-partner Khai yang lalu. PE3 kini kembali ke ramuan asal PE1 dengan memfokuskan tema buddy-cop.

“Tanpa mengurangkan elemen penuh aksi dan kekeluargaan. Must watch!” komen Zhafvlog.

Sementara itu, pempengaruh terkenal di laman sosial iaitu Faiz Zainal turut memuji jalan cerita, lakonan dan CGI filem arahan pengarah Syafiq Yusof.

“Polis Evo 3 - Masih lagi ada evo, tapi bukan aksi kereta. Kali ini aksi yang luar biasa daripada Sam, Zizan dan Sharnaaz. Yang ke-3 ini lain sikit yang boleh relate, aksi padu, lakonan power, CGI boleh tahan dan ada beberapa watak cameo.

“Cuma rasa macam tak cukup sejam lebih. Keganasan Reza (Sharnaaz) boleh diserlahkan lagi. Tak ada plot twist dan mudah faham. Kalau tambah lagi Reza vs Khai dan Sani, mesti lagi boom!” komen Faiz Zainal.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.

Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.