gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Amar Baharin Dedah Terfikir Akan Meninggal Dunia Selepas Kayuh Basikal Bawah Suhu Panas 50 Darjah Celsius-  “Ya Allah, Aku Dah Nak Mati Ke?”
SUKAN
Anak Jati Terengganu, Hakim Danish Tunai Janji Pastikan Lagu Negaraku Bergema Di Sepanyol
HIBURAN
#BigStageAlpha: Mahu Keluar Dari Zon Selesa, Ray-D Puas Hati Dengan Persembahan Solo - “Saya Sedar Saya Tak…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Pearly-Thinaah Naib Juara Terbuka Indonesia, Bawa Pulang RM214,545

gempak
Gempak
09/06/2025
11:25 MYT
Sponsor Banner
Pearly-Thinaah Naib Juara Terbuka Indonesia, Bawa Pulang RM214,545
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah terpaksa akur apabila tewas kepada pasangan nombor satu dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam aksi final Terbuka Indonesia 2025 yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta pada Ahad.
Namun, pujian harus diberikan kepada beregu nombor empat dunia itu yang menampilkan semangat juang tinggi apabila berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan dalam kejohanan bertaraf Super 1000 itu.
Berdepan pasangan pilihan utama dunia sememangnya dijangka menjadi cabaran sukar buat Pearly-Thinaah yang dilihat bergelut mengekang asakan lawan pada permulaan perlawanan.
Dominasi yang ditampilkan oleh Liu Sheng Shu-Tan Ning pada set pertama menyaksikan beberapa kesilapan dilakukan oleh wakil negara sehingga ketinggalan 8-14 pada satu ketika.
Namun, Pearly-Thinaah bangkit memperkemas permainan dan berjaya mengejar kedudukan sekali gus menyajikan pertarungan sengit pada penghujung set pertama sebelum meraih kemenangan 25-23.
Set kedua menyaksikan perlawanan yang lebih seimbang dengan kedua-dua beregu saling berkejaran mata sehingga terikat 8-8, sebelum gandingan China itu mula mendominasi dan mencatat kemenangan 21-12.
Set penentuan sekali lagi memperlihatkan semangat luar biasa daripada Pearly-Thinaah yang memberikan tentangan sengit sehingga memaksa Sheng Shu-Tan Ning berhempas-pulas mengejar mata, dengan Malaysia mendahului 11-10 pada satu ketika.
Namun, nasib tidak menyebelahi pasangan negara apabila mereka akhirnya tewas 19-21 meskipun mempamerkan aksi penuh semangat sehingga ke mata penamat.
Sebagai naib juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$50,750 (kira-kira RM214,545).
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#badminton
#Naib Juara
#pearly-thinaah
Must-Watch Video