Berita
Pecah Masuk Rumah Bekas Suami, Pempengaruh Media Sosial Ditahan
Pempengaruh media sosial direman enam hari bagi membantu siasatan kes pecah masuk rumah bekas suami dan bekas madunya, di sini.
Perintah tahanan reman ke atas wanita berusia 20-an itu dikeluarkan Majistret Amin Rashidi Ramli bermula bermula hari ini sehingga Ahad.
Dakwa rumah dipecah masuk
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut, susulan barang milik pengadu yang didakwa hilang.
Katanya, polis menerima laporan daripada bekas madu wanita itu pada 9.47 malam kelmarin, yang mendakwa rumahnya dipecah masuk pada 11.30 malam, 22 Julai lalu.
"Wanita itu menyedari rumahnya dipecah masuk dan mendapati sliding door (pintu gelongsor) hadapan dalam keadaan terbuka.
"Beberapa barangan juga didapati hilang dan pengadu juga menjumpai satu beg plastik ubat di atas meja di dalam biliknya, tertulis nama perempuan yang dikenali olehnya dan suami," katanya menerusi kenyataan, kepada pemberita.
Beliau berkata, bertindak di atas maklumat, suspek berjaya ditangkap pada 11.30 malam semalam.
Katanya, hasil siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada pintu jeriji keselamatan dan pintu cermin hadapan rumah, selain suspek mengaku masuk ke dalam rumah semasa ketiadaan pengadu.
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Alat Kemaluan Terkena Palang
BERITA TRENDING: Pertarungan ‘Gila’, Lee Chong Wei Anggap Aaron Chia & Soh Wooi Yik Hero Negara - “Game Yang Patut Kalah Tapi Gandingan Lelaki Sejati Melaka-KL Ini…”
BERITA TRENDING: Penyanyi Popular Tanah Air, Jay Jay Meninggal Dunia
BERITA TRENDING: Isteri Dedah Pesanan Terakhir Allahyarham Jay Jay - “Pandai-Pandai Nak Hidup Bawa Diri”
"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
"Kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya.
Terdahulu, tular video rakaman siaran langsung di TikTok yang memaparkan wanita berkenaan dan bekas madunya bercerita kisah rumah tangga mereka sebelum ini.
Menerusi video itu, wanita berkenaan mendakwa sering dikasari oleh bekas suaminya sehingga dia tidak sanggup lagi untuk hidup bersama dengan lelaki itu.
Ketika bersiaran langsung, kira-kira 50,000 orang yang melihatnya dan video berkenaan tular serta mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Sumber: Harian Metro