Pecah Perut Layan Iklan Raya Bulan Bintang, Tak Tahan Auto Jadi Shukri Yahaya Tu! - "Antara Iklan Raya Yang Best"

Amri Hassan
April 10, 2023 10:25 MYT

Tiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri, akan muncul pelbagai iklan raya daripada pelbagai syarikat korporat dan usahawan tempatan.

Tahun ini, buat pertama kalinya pengeluar jenama baju Melayu popular Bulan Bintang tampil dengan iklan raya sendiri berjudul Raya Macam Star.
Raya Macam Star ditonton lebih 500,000 hanya selepas dua hari dilancarkan di platform penstriman YouTube.
Meninjau ruangan komen di media sosial, rata-ratanya memuji kualiti penghasilan iklan raya berkenaan yang sudah nampak setanding dengan jenama yang kerap mengeluarkan iklan raya saban tahun.
"Bulan Bintang punya iklan raya, lain macam weh level dia. Dah tahu dah tahun depan nak tunggu iklan siapa. Power!" tulis @AkeemSharyzal

Bulan Bintang punya iklan raya, lain macam weh level dia. Dah tahu dah tahun depan nak tunggu iklan siapa. Power! ?? pic.twitter.com/IhK1Y4kHkf

— keem (@AkeemSharyzal) April 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Level level iklan TNB siot. Power," tambah @syafiqyzd
"Lawa cinematography n editing dia," tulis @nhxkm_
"Fuhh iklan merekot mat," sahut @mrbunroy pula.
Malah, ada juga yang meminta Bulan Bintang meneruskan kesinambungan iklan raya berkenaan untuk tahun-tahun mendatang.

Aku rasa kita semua membesar dgn mcm2 iklan raya. Ada yg power & impactful, boleh ingat sampai bila2. Tahun ni 1st time Bulan Bintang buat iklan raya. Harap dpt tempat dlm hati penonton, sebaris dgn iklan brand besar yang lain. Tak sia-sia fight untuk Hannah Delisha berlakon… pic.twitter.com/eSZc74hfQR

— meri (@meripergibulat) April 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam iklan terbabit, Zul seorang pemuda kampung yang jauh hati pada seorang gadis dan cuba mencari jalan untuk bertemu dengan gadis terbabit ketika Syawal.
Menerima cadangan daripada poster Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya dan Beto Kusyairy yang boleh bercakap, Zul menjemput seisi kampung untuk datang ke rumah terbukanya.
Lucunya, ketika menyarung baju Melayu Bulan Bintang, Zul tiba-tiba bertukar sekacak Shukri Yahaya dan impiannya untuk bertemu dengan gadis terbabit (lakonan Hannah Delisha) tercapai.

#Viral #Shukri Yahaya #Sharnaaz Ahmad #Iklan Raya #Hannah Delisha #Beto Kusyairy #Bulan Bintang #Raya Macam Star