Laman Utama

Pecah Rekod Dunia, Ini Rupanya Pemandu Bas Paling Pendek Di Dunia

gempak
Mya Amri
17/09/2020
10:32 MYT
Sponsor Banner
Pecah Rekod Dunia, Ini Rupanya Pemandu Bas Paling Pendek Di Dunia
Seorang pekerja dari Hampshire, London memecah rekod dunia Guinness selepas menjadi pemandu bas paling pendek di dunia dengan ketinggian 136.2 sentimeter (4 kaki 5.6 inci), lapor Awani.
Lelaki bernama Frank Faeek Hachem sebelum ini memandu kereta biasa selama lebih 20 tahun sebelum pada tahun 2017, dia nekad untuk mengambil lesen memandu bas.
Memetik Mirror.co.uk, tiada sebarang pengubahsuaian khas dibuat terhadap bas tersebut, sebaliknya Frank hanya mengubah tempat duduk dan stereng sebelum memulakan perjalanan dengan kenderaan berat itu.
Menurut jurucakap Guinness World Record, Frank begitu gembira bertemu dengan orang ramai dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat, setiap hari.
“Ini adalah sumber kebanggaan kepada dirinya, terutama sebagai pekerja sektor penting terutama sewaktu penularan wabak COVID-19,” kata jurucakap berkenaan.
Selain Frank, turut tersenarai dalam rekod tersebut ialah pemegang rekod British, Marco George yang memecah rekod membonceng motosikal paling laju dengan aksi ‘headstand’ pada kelajuan 122.59 kilometer/jam.
Sementara itu, Luke Roberts pula tersenarai dalam Guinness World Record selepas berjaya melatih tikusnya menyelesaikan 28 cakaran dan lapan lompatan melalui gelungan dalam tempoh 30 saat.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live