Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pecah Rekod! Filem Boboiboy Movie 2 Jadi Filem Animasi Terlaris No.1 Malaysia

Hanafis Haris
03/09/2019 06:20 MYT
Filem animasi tempatan Boboiboy Movie 2 (BBBM2) berjaya mengutip sebanyak RM27.7 juta di Malaysia sahaja dalam tempoh 26 hari.

Jumlah kutipan ini secara rasminya menjadikan BBBM2 sebagai filem animasi terlaris nombor satu di Malaysia mengatasi filem-filem animasi tempatan yang pernah diterbitkan di Malaysia.

Malah BBBM2 juga berjaya mengatasi kutipan filem animasi antarabangsa yang pernah ditayangkan di Malaysia.

Pengumuman tersebut telah disampaikan melalui media sosial Astro Shaw dan Animonsta Studios, hari ini.

|| BoBoiBoy Movie 2 - RM27.7 JUTA‼️ || Jutaan TERIMA KASIH⚡ kerana mengangkat BoBoiBoy Movie 2 sebagai filem animasi No.1 negara! Sokongan minggu ke-4 sehangat minggu pertama. BoBoiBoy masih berkuasa di 135 buah pawagam di dalam Malaysia!? - - - || BoBoiBoy Movie 2 - RM27.7 MILLION‼️ || A million THANK YOUS⚡ to everyone for lifting us up as the nation's NO.1 animated feature film! Your support on our 4th week is still as strong as the 1st week of release. BoBoiBoy Movie 2 is still blazing through 135 cinemas across Malaysia!? - [MASIH DI PAWAGAM! STILL SHOWING!] #BoBoiBoyMovie2 #BBBM2 #BoBoiBoy #Monsta10Years #AstroShaw #AniMY

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak, pihak MONSTA amat teruja dengan pencapaian BoBoiBoy Movie 2 yang berjaya memecahkan rekod kutipan tertinggi semua filem animasi di Malaysia.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada jutaan penonton dari pelbagai bangsa dan lapisan umur yang menyokong BBBM2," katanya yang juga penerbit serta pengarah filem BBBM2.

Sementara itu, Naib Presiden Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya gembira apabila segala usaha promosi dan pemasaran yang dirangka dan dijalankan benar-benar memberikan impak positif.

"Ini merupakan perkembangan yang sangat baik dalam industri filem tempatan dan menunjukkan filem animasi tempatan kita mampu bersaing dengan filem antarabangsa.

"Kami sangat berterima kasih kepada penonton yang telah menonton dan menjadikan filem BBBM2 filem animasi nombor satu Malaysia.

"BBBM2 masih lagi rancak ditayangkan walaupun sudah memasuki empat minggu ditayangkan. Namun filem ini masih memberikan persaingan sengit dengan filem lain dan masih dalam carta top 5 kutipan mingguan pawagam," katanya.
#BoBoiBoy #Animonsta #BBBM2
;