Laman Utama

Pecah Rekod French Fries Tertinggi Di Malaysia, McDonald's Malaysia Diiktiraf Malaysia Book of Records!

gempak
Amri Hassan
14/07/2023
10:17 MYT
Sponsor Banner
Pecah Rekod French Fries Tertinggi Di Malaysia, McDonald's Malaysia Diiktiraf Malaysia Book of Records!
Restoran khidmat segera, McDonald's Malaysia menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi paparan kentang goreng iaitu ‘The Tallest French Fry in Malaysia’ di Menara Kuala Lumpur (Menara KL) bermula jam 8 malam hingga 11.59, malam Khamis.
Menara ikonik tanah air itu ditransformasi menjadi kentang goreng McDonald’s yang bersaiz besar, sekaligus menjadi tarikan kepada rata-rata penggemar makanan keluaran restoran berkenaan.
Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, berkata acara berkenaan juga adalah penghargaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira usia, dengan kecintaan mereka terhadap kentang goreng McDonald’s yang cukup digemari.
“Kami teruja dapat bekerjasama dengan Menara KL untuk sambutan yang cukup istimewa ini. Sambutan ini memberi kami peluang untuk meraikan kasih sayang yang berkekalan rakyat Malaysia terhadap kentang goreng McDonald’s.
“Acara pada malam ini adalah penghormatan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan setia kami. Ini juga usaha kami mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan,“ katanya.
Melati berkata demikian pada majlis sambutan antara McDonald's Malaysia dan Menara KL, di perkarangan Menara KL, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pada majlis itu juga, Melati yang mewakili McDonald's Malaysia menerima sijil pencapaian daripada Ketua Pegawai Pemasaran MBOR, Jwan Heah Yeow Hooi.
Lebih istimewa, majlis berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi legenda, Datuk Sheila Majid yang cukup dikenali sebagai Ratu Jazz untuk menyampaikan beberapa lagu seperti Sinaran, Dia, Antara Anyer & Jakarta dan banyak lagi.
Dalam pada itu, Melati berkata, pengiktirafan oleh MBOR secara tidak langsung mengukuhkan komitmen mereka dalam mencari cara baharu yang lebih kreatif untuk mendekati rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.
“Pengiktirafan ini menonjolkan dedikasi McDonald’s Malaysia bukan sahaja dalam menyediakan makanan yang lazat, tetapi juga kenangan terindah untuk pelanggan kami.
“Ini tidak akan mampu tercapai tanpa sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia,” katanya.
Sheila dipilih McDonald's Malaysia sebagai ikon muzik sempena dengan kempen #IconMeetsIcon sempena International French Fries Day.
Pengiktirafan McDonald's Malaysia itu juga selaras dengan lokasinya di mercu tanda Menara Kuala Lumpur dan hidangan 'french fries' yang ikonik di restoran francais terkenal dunia itu.
Selain paparan indah ditonjolkan, McDonald’s Malaysia juga menyediakan aktiviti menarik untuk pelanggan yang hadir sempena sambutan itu.
Kredit foto: IG McDonald's Malaysia, Menara KL, reezomyza, MBOR
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024