Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pecah Rekod Lagi Dan Lagi Dan Lagi! Mael Totey The Movie Kini Capai Kutipan RM7 Juta!

Badrul Hashim
03/12/2020 08:15 MYT
Biarpun ini merupakan filem arahan pertamanya, tetapi berkat sokongan penonton yang menggemari filem arahan Syahmi Sazli ini, Mael Totey The Movie (MTTM) sekali lagi memecah rekod yang ada.

Kutipan terkini MTTM yang ditayangkan melalui Astro First telah berjaya mengutip RM7 juta, menjadikannya kutipan tertinggi dalam sejarah saluran Astro First.

MTTM yang mengangkat genre drama komedi ini mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Membariskan selebriti Youtube Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail, penyampai radio GEGAR, Ewan, serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem MTTM yang kini berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480.

Anda juga boleh strim MTTM di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
#Astro First #Mael Totey The Movie #Pecah Rekod #RM7 Juta