Laman Utama

Pedas! Try 100 Jenis Sambal Malaysia Di Pesta Citarasa Sambal Mac Nanti!

gempak
Amri Hassan
10/02/2023
05:45 MYT
Sponsor Banner
Pedas! Try 100 Jenis Sambal Malaysia Di Pesta Citarasa Sambal Mac Nanti!
Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD) dengan kerjasama KL Gateway Mall akan mengadakan Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) pada 10,11 dan 12 Mac ini.
Tosfe bakal menemui pecinta pencinta sambal dengan lebih 100 jenis sambal yang akan dipamerkan oleh usahawan usahawan sambal juga produk berasas serta berkaitan sambal.
Selain sambal-sambal Malaysia sebagai pempamer utama, pencinta sambal juga berpeluang menikmati juga membeli sambal sambal dari Pavillion Negara Asia seperti Indonesia, Korea, Vietnam, Pakistan dan Thailand.
Menurut pengerusi PSWAD, Azmi Jaffry, Malaysia sangat terkenal dan kaya dengan kepelbagaian makanan , antara yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia adalah sambal.
"Sambal belacan misalnya wajib menjadi 'Hero Menu' di setiap hidangan di rumah atau restoran Malaysia.
"Tak boleh lari orang kata dari sambal ni kalau dah orang Malaysia, tidak kira sebagai sambal dalam masakan atau pencicah," katanya.
Sehubungan itu, PSWAD bersama rakan rakan strategik mengambil inisiatif untuk mengadakan fiesta atau Pesta sambal yang di jenamakan sebagai TOSFE.
Jika di lihat sambal belacan sahaja mempunyai pelbagai jenis dan rasa antaranya sambal belacan tempoyak, sambal belacan kuinin, sambal cermai, sambal ikan bilis petai dan macam macam lagi.
TOSFE juga adalah salah satu platform mempromosikan sambal sebagai salah satu tarikan produk pelancongan makanan dan juga sebagai platform memperkenalkan sambal sambal Malaysia (terutama sambal sambal eksotik) yang jarang dijumpai kepada masyarakat terutamanya golongan muda supaya ia tidak ditelan zaman.
Sambal yang di iktiraf sebagai Sambal Warisan oleh Jawatan Warisan Negara bakal menjadi teraju utama TOSFE. Sambal tersebut adalah Sambal Tumis, Sambal Tempoyak Daun Kayu,Sambal Rong, Sambal Biji Getah, Sambal Hitam Ikan Bilis dan juga Sambal Taun.
Azmi berkata antara tarikan utama aktiviti adalah demo masakan Sambal Warisan oleh Chef Selebriti, pertandingan makan sambal, pertandingan fesyen tradisional, cabutan bertuah, Award Menu Inovasi Sambal, Pertandingan Sambal Tik Tok, persembahan artis dan busking.
Selain aktiviti pameran serta jualan TOSFE juga turut mengadakan bengkel bengkel memperkasa usahawan sambal PKS seperti “Seminar penjenamaan dan media, Bengkel Digital Media, “sharing session bersama Icon Sambal, peluang jaringan perniagaan di dalam dan luar negara dan lain lain lagi.
Rakan rakan strategik yang bakal bersama sama menjayakan TOSFE setakat ini adalah Sambal Mak Jenny, KL Gateway Mall, Product Ayu Damit usahawan cili, Seniman, PGDM, Chicken Royale, My Pentas, Benang Emas Bridal House, Sambal Mak Esah – Shahrifah Shahirah dan Wan Det sebagai penaja Streaming.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024