,
Hiburan

"Pedih Ilham Dari Kisah Putus Cinta" - Aidil Maula Muncul Selepas Enam Tahun ....

Zulaikha Yusof
29/08/2020
05:56 MYT
Penyanyi baru Aidil Maula, 26, mendedahkan dia sudah menyimpan hasrat untuk melangkah ke industri nyanyian sejak enam tahun lalu.
Menurut Aidil, lagu Pedih diilhamkan dari pengalaman sebenar selepas melalui episod kecewa dalam percintaan.
"Saya mempertaruhkan single pertama setelah enam tahun menyimpan hasrat untuk menjadi seorang singer-songwriter.
"Pedih merupakan sebuah lagu balada yang diilhamkan dari pengalaman sebenar.
"Saya pernah kecewa dalam percintaan yang diibaratkan sebagai sebuah kisah percintaan yang tulus dan suci.
"Adry yang juga merupakan rakan komposer muda, mula memainkan piano selepas saya menceritakan kisah sedih saya dan kemudian lirik masuk secara spontan.
"Kejadian lebih 3 tahun lepas itu takkan saya lupakan. Siapa sangka, dari ‘jamming’ macam biasa sahaja, lepas simpan 3 tahun dan berjumpa dengan komposer yang berbakat besar, akhirnya lagu ini keluar juga!" katanya.
Dalam pada itu, Aidil menyatakan dia menyimpan hasrat untuk menyertai pertandingan nyanyian Big Stage.
"Saya sering mengimpikan untuk bersaing di pentas lokal dan dikenali kerana bakat dan juga hasil seninya.
"Oleh sebab itu, saya mengambil serius soal teknik vokal dengan menyertai kelas bersama Adeep Nahar atas saranan rakan-rakan dari dunia seni suara," katanya lagi.
Single Pedih telah dilancarkan pada 21 Ogos lalu di semua platform aliran digital termasuklah ITUNES, Spotify, JOOX dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dah Putus Cinta, Lelaki Buruk Siku Minta Bapa Bekas Kekasih Bayar Balik Duit Makan RM30

gempak
16/07/2024
14:25 MYT
Seorang lelaki meraih perhatian gara-gara meminta kembali duit yang telah dibelanjakan untuk membeli makanan selepas putus cinta dengan bekas teman wanitanya.
Viral

“Tiada Istilah Pergaduhan Atau Apa-Apa” - Tidak Lagi Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Serah Pada Takdir

gempak
14/06/2024
11:41 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf tampil memberikan respon terhadap status hubungannya dengan aktres, Amelia Henderson.
Artis Korea

Dua Minggu Umum Bercinta, Han So Hee & Ryu Joon Yeol Putuskan Hubungan

gempak
30/03/2024
16:00 MYT
Sekejap je bercinta.
Laman Utama

"Putus Cinta Itu Rasa Sakitnya Seakan Waktu Berhenti" - Mimi Lana

gempak
01/11/2023
10:48 MYT
Pelakon Mimi Lana menitipkan kata-kata luahan hati berkisar tentang kesakitan putus cinta.
Laman Utama

Sophia Albarakbah Komen Putus Cinta Dengan Mr. Doktor - "Doakan Saya Dapat ..."

gempak
01/09/2023
08:55 MYT
Doakan yang baik-baik.