Foto pelakon Pekin Ibrahim memegang perut isterinya, Mona Allen mendapat perhatian ramai.

Foto yang menunjukkan seolah-olah Mona sedang hamil itu dimuat naik ke akaun Instagram (IG) milik Pekin.

Pekin menerusi kapsyennya tidak menyatakan yang Mona sedang hamil sebaliknya meminta pengikutnya memikirkan apa yang sesuai untuk ditulis melalui gambar tersebut.

“Caption this,” tulisnya ringkas.

Foto itu dipercayai diambil di Aonang, Thailand yang mana difahamkan mereka kini sedang bercuti di sana.

Rata-rata mengucapkan tahniah meskipun belum mengetahui kesahihan berita tersebut.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Disember lalu.

caption this ?

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words) on