Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Pegang-Pegang Tangan Sebelum Kahwin?" - Gambar 'Mesra' Ameera Khan Diserang Netizen

Hanafis Haris 15/05/2019 | 12:58 MYT
Selebriti media sosial terkenal, Ameera Khan sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila gambarnya memegang tangan dipercayai kekasih baru dikritik.
Tidak menunjukkan wajah individu itu, gambar yang dimuat naik Ameera menerusi Instagramnya itu hanya memaparkan tangan lelaki terbabit sahaja.
Tindakan Ameera itu nampak gayanya mencetuskan rasa tidak senang sesetengah pihak apabila ramai yang menyerang ruang komen termasuklah daripada kakaknya sendiri, Neelofa.
Ini antara komen 'pedas' mereka:
Tidak tahan menerima kritikan ramai, Neelofa sekali lagi tampil memberi respon terhadap komen yang diberikan.
"Takkanlah umur 30 lebih nak bercinta dengan budak lelaki yang masih belajar kat kolej," katanya.
Berikutan insiden itu, Ameera kemudian menutup ruang komen pada Instagramnya.
#Neelofa #Instagram #LMK
;