VIRAL
"Pegawai Penyiasat Kes Zara Qairina Tidak Ikut SOP, Tindakan Tegas Akan Diambil" - Pengarah JSJ
Pasukan petugas khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mendapati kegagalan pegawai penyiasat memohon bedah siasat pada peringkat awal dikenal pasti sebagai punca utama ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, SOP jelas mewajibkan bedah siasat dilakukan sekiranya punca kematian tidak diketahui atau wujud elemen mencurigakan.
“Siasatan pasukan petugas khas mendapati pegawai penyiasat tidak membuat permohonan itu walaupun mempunyai kuasa berbuat demikian di bawah undang-undang.
“Ketidakpatuhan di sini ialah pegawai penyiasat tidak memohon untuk bedah siasat pada peringkat awal, sedangkan itu adalah asas siasatan sekiranya kematian menimbulkan keraguan,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Rabu.
Kumar berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan penyelianya kerana gagal melaksanakan tanggungjawab dan perkara itu masih di peringkat siasatan.
Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.
Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.
Sumber: Sinar Harian